Halaman Utama
Pengunjung
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini11
mod_vvisit_counterSemalam177
mod_vvisit_counterMinggu Ini436
mod_vvisit_counterBulan Ini1255
mod_vvisit_counterKeseluruhan78356
Pelajar
Oracle Think
Online Testing
Portal Tutor
Guru
NUTP
Ibu Bapa
Menu Pengguna
Pelbagai Link





SEMAK KEPUTUSAN PTK
*************************
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalendar
Cyber Security
 

KAMI GURU-GURU DAN PENTADBIR SMK ABDUL JALIL,

MENGUCAPKAN

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3...

BUAT BERSUNGGUH-SUNGGUH..DAN SEMOGA BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG MEMBANGGAKAN...

ANDA PASTI BOLEH...JANGAN GETAR..TERUSKAN BERJUANG DEMI MASA DEPAN ANDA.....SEMOGA BERJAYA...



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI UNIT ICT SMK ABDUL JALIL..


PELAJAR DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
 


Pada 29, 30, 31Mei, dan 1 Jun 2009,SMK Abdul Jalil telah melakukan aktiviti perkemahan di dalam sekolah. Objektif kepada perkemahan ini adalah mendedahkan dan melatih pelajar didalam bidang kokurikulum. Para pelajar dan guru telah menjayakan perkemahan ini dengan jayanya. Johan bagi Perkemahan Perdana bagi Tahun 2009 adalah Pasukan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Diharapkan para pelajar dapat menghabiskan masa anda dengan mengulang kaji pelajaran.
 

29 Mei 2009,Jumaat Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung.
Majlis ini bagi meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru. Terima Kasih && Tahniah saya ucapkan
kepada semua guru di seluruh dunia. Terima kasih juga kepada semua pelajar SMK Abdul Jalil,kerana
telah turut membantu memeriahkan Sambutan Hari Guru . Tahniah juga
 
Assalamualaikum..Pada 18 April 2009 lepas, SMK Abdul Jalil telah mengadakan Sukan Tahunan yang berjalan di IKBN, Dusun Nanding. Dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh para peserta, Sukan Tahunan ini telah berjalan lancar walaupun hujan telah menghalang majlis. Johan bagi tahun ini adalah Rumah Ungu, serterusnya Rumah Hijau, Rumah Kuning , Rumah Merah, dan Rumah Biru. Tahniah diucapkan kepada semua para pelajar dan guru yang terlibat. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa tahun depan cuba lagi. Wassalam.                                                                                    
 

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2008 akan diadakan pada:

Tarikh:  11 April 2009

Hari:  Sabtu

Masa:  8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Semua guru diwajibkan hadir.




 

 
Jadual Peperiksaan Setara 1 Tingkatan 1 dan 2

 Jadual Peperiksaan Setara 1 Tingkatan 3

Jadual Peperiksaan Setara 1 Tingkatan 4

 Jadual Peperiksaan Setara 1 Tingkatan 5

 

Warga smk abdul jalil mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang menyambutnya. sekolah akan bercuti pada 26.01.2009 hingga 01.02.2009.

Selamat memandu dan berhati-hati ketika memandu kepada mereka yang bercadang untuk balik kampung. Semoga tahun ini bertambah rezeki dan segala hajat dipenuhi.

 
Assalamualaikum,30 Disember 2008.Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar PMR 2008 yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Semoga usaha anda untuk terus maju dalam hidup akan berterusan sehingga menjadi seorang yang berjaya. Kepada pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan, jangan bersedih. SPM sedang menanti,jadikan pengalaman sebagai azam baru. Kepada guru-guru SMK Abdul Jalil,TAHNIAH dan terima kasih atas segala tunjuk ajar.Laughing
 

 KEDATANGAN ANDA KAMI ALU-ALUKAN, PUAN PENGETUA

Selamat datang kami ucapkan kepada Puan Pengetua baru iaitu Puan Hajah Fauziah Binti Mohamed Ramli ke SMK Abdul Jalil pada 16 Disember 2008 yang lalu...Puan Fauziah adalah bekas Pengetua SMKA Maahad Hamadiah Kajang...Mudah-mudahan kedatangan beliau ke SMK Abdul Jalil dapat menjadikan SMKAJ sebagai sebuah sekolah cemerlang 2010...Selamat bertugas dan selamat datang dari kami warga SMK Abdul Jalil...

 
Assalamualaikum, atas pemintaan ramai di buku pelawat, maka ruangan forum diwujudkan di web ini. Anda dialu-alukan. Sila daftarkan diri dahulu. Tunggu sehingga anda disahkan baru boleh menyertai forum ini. Admin
 


 

Majlis Jamuan Guru 2008 baru saja diadakan pada 1 November 2008, bertempat di Hotel Nikko, Kuala Lumpur. Majlis ini diserikan dengan kedatangan Mantan Pengetua, Puan Hajah Hani Hussain dan YDP PIBG, En Jimjali Bin Ahmed. Begitu juga dengan kehadiran Puan Rohana Arshad, Puan Norisa Nasar, Puan Siti Zaharah Kadir yang kini pengetua SMK Taman Seraya.

 

Program terbaharu yang berlangsung pada hari ini adalah Festival Kebudayaan diperkenalkan kepada masyarakat di sekolah. Program ini bertujuan untuk mengisi kekosongan program kepada pelajar-pelajar lepasan PMR. Program ini dirasmikan oleh YDP PIBD, En Jimjali Bin Ahmed pada 30 Oktober 2008, bertempat di Dewan Seri Bestari, SMK Abdul Jalil. Program ini juga bertambah meriah apabila mantan Pengetua, Puan Hajah Hani turut serta dalam majlis ini.

 

Semoga perkara sebegini tidak berlaku di SMKAJ.

. Pelajar tendang guru (petikan akhbar Berita Harian)


KANGAR: Seorang guru di sebuah sekolah menengah, di sini, mendakwa diserang sekumpulan pelajar termasuk diterajang berkali-kali pada perut oleh salah seorang daripada mereka di dalam bilik darjah sekolah terbabit, di sini, pagi semalam.

 
Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya
 
HAKIM KE SEKOLAH UNTUK PENILAIAN

 
 SEKOLAH  KATEGORI  TARIKH
 SK LUBOK KELUBI  PENGURUSAN NILAM  16 SEPT 2008
 SMK ABDUL JALIL  PUSAT AKSES  24 SEPT 2008
 SMK PERIMBUN  PUSAT AKSES  24 SEPT 2008
 SMK PERIMBUN  MAKMAL KOMPUTER  24 SEPT 2008

Semoga mendapat kejayaan

 
Apakah itu Pusat Akses Sekolah?

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
[DSC04126.JPG]
 
Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi seorang pengetua yang berdedikasi  bernama Hani Binti Hussain. Perginya seorang pemimpin yang disayangi oleh seluruh warga SMKAJ sukar dicari ganti. Kami Warga sekolah mengucapkan selamat bersara. Sempena di bulan Ramadhan dan kedatangan Syawal bakal menjelang, kami memohon keampunan dan kemaafan dama ada secara zahir mahupun bathin sepanjang perkhidmatan ini. (Sila lihat gambar penuh di ruangan album)

 
 
Perisian Kursus Pendidikan dan VCD Inovasi - Sekolah Menengah (Terbitan 2006)

 
Mathematics
Integers
Form 1


Sejarah
Zaman Pra-Sejarah Malaysia
Tingkatan 1


Bahasa Arab
Tinta Kauthar
Tingkatan 1

 
Matematik Tambahan
Robot Kuadro
Tingkatan 4


Science (VCD Inovasi)
Theory Into Practice
Secondary


Guru Ganti (VCD Inovasi)
Guru Ganti Inovatif
Pengurusan Sekolah

 
Majlis Persaraan Puan Pengetua - Puan Hajah Hani Hussain akan diadakan pada 19 September 2008, hari Jumaat, bertempat di Dewan Seri Bestari, SMK Abdul Jalil. Puan Hajah Hani adalah seorang pengetua yang mudah berbicara dengannya, mempunyai kepimpinan tersendiri dan berpandangan jauh. Beliau banyak membawa perubahan di SMK Abdul Jalil ini. Persaraan awal beliau merupakan satu lagi kehilangan seorang pemimpin di peringkat sekolah. Terima kasih di atas ilmu dan kepemimpinan beliau. Jasamu di kenang sepanjang hayat.


 

Dapatkan soalan-soalan Peperiksaan Percubaan dari Bahagian Asrama Penuh di sini.
http://www.smkaj.net/trial
 

 

Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 51. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ILLAHI,kerana tanpaNYA kita tak mungkin dapat kecapi nikmat kemerdekaan.PELAJAR SRAMA SMKAJ

 

 
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, 1 September. Pengumuman tersebut oleh pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini
 
Berikut adalah keputusan setara 2 bagi matapelajaran Matematik yang diajar oleh cikgu Noorman Bin Sa'at. Beliau kini sedang menjalani Kursus Dalam Perkhidmatan - KDP Bestari di Institut Perguruan Islam, Bangi mulai 21 Julai hingga 15 Ogos 2008.
 
Bulan Kemerdekaan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil sedang rancak berjalan.Perasmian bulan kemerdekaan ini telah berlangsung pada hari isnin,bertarikh 28.Julai.2008.Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memenuhi bulan kemerdekaan ini.Semoga dengan aktiviti yang dirancang dapat memeriahkan bulan kemerdekaan ini.
 

SMK Abdul Jalil diwakili oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Hani Binti Hussain, Penyelaras ICT- En Noorman Bin Sa'at dan Wakil Guru Media, Puan Azizah Binti Rosul
 

Pada 28 Jun 2008,SMK Abdul Jalil menerusi Panitiar Bahasa Malaysia,telah menganjurkan Perkampungan Sastera Apresiasi Komsas Dalam Bahasa Malaysia.

Perkampungan Sastera yang telah diadakan adalah dengan kerjasama Institut Perguruan Bahasa Melayu Lembah Pantai dan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP).

 

Minggu TEKNOLOGI DAN VOKASIONAL telah dirasmikan oleh Puan.Hajah Hani Bt. Hussain pada 23 JUN 2008.Minggu teknologi dan vokasional ini akan berlangsung daripada 23 Jun hingga 4 Julai 2008.

Dalam masa yang sama,perasmian MINGGU KOPERASI SEKOLAH turut dijalankan serentak.Minggu koperasi sekolah akan berlangsung selama seminggu mulai 23 Jun 2008 hingga 28 Jun 2008.

 

Siti Naquiah Bt.Basri

Siti Naquiah Bt.Basri,telah terpilih untuk mewakili sekolah kita bg TOKOH ASRAMA 2008.Dalam masa yang sama juga,beliau turut mewakili Negeri Selangor. Tahniah diucapkan kepada beliau.

 

Program Bicara Akademik akan diadakan seperti butir-butir berikut :

Tarikh : 21 Jun 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Tentatif program :
8.00 pagi ; Seminar Keibubapaan
10.00 pagi : Bicara Akademik

Semua ibu bapa dikehendaki hadir untuk mengambil buku rekod kemajuan pelajar.

 
 Sambutan Hari Guru dan Majlis Jasamu Dikenang Zon Cheras telah diadakan pada 16 Jun 2008 di Dewan SK Taman Cuepacs.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Ismail Bin Musa Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat.Majlis ini telah dihadiri oleh Pengetua,Gurubesar,Penolong kanan dan Guru Perpustakaan dan Media.
 

Program Perkembangan Staf akan diadakan seperti butir-butir berikut :

Tarikh : 14 Jun 2008 (Sabtu)
Tempat : Pusat Kejiranan Precint 16, Putrajaya
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang.

Semua guru dan staf diwajibkan hadir. Sila bawa buku rekod kehadiran kursus untuk tujuan rekod kehadiran kursus.

 

Selamat hari Guru kepada semua guru di SMK Abdul Jalil. Semuga bakti yang dicurah akan dikenang dan diredhai oleh Allah. Sambutan Hari Guru kali ini diadakan di antara celah-celah waktu peperiksaan penggal 1.  Sambutan diadakan pada 16 Mei 2008, Jumaat mulai jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar sepenuhnya.

 

Peperiksaan Penggal 1 akan bermula pada 12 Mei 2008 hingga 22 Mei 2008. Selamat menduduki peperiksaan dan rajin-rajin mentelaah dan sentiasa bersedia. Di antara minggu peperiksaan, Sambutan Hari Guru akan diadakan pada hari Jumaat minggu pertama peperiksaan iaitu 16 Mei 2008. Kepada pengawas-pengawas yang bertungkus lumus menjayakan Hari Huru ini, harap menyiapkan kerja-kerja anda dengan cepat dan pantas supaya tidak terganggu peperiksaan anda.

 

Keputusan PTK telah keluar. Tahniah kepada guru-guru yang mendapat keputusan cemerlang IV seperti Ustaz Husni, Zuriyati dan Encik Goh Huat Seng. Lepas ni kenalah belanja kawan-kawan ye !!

 
 Bengkel Pengurusan Pusat Akses Sekolah Daerah Hulu Langat 2008 telah diadakan di PKG Semenyih pada 29 April 2008 bermula jam 8.30 pagi.Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 33 orang Guru Penyelaras Pusat Akses Sekolah Fasa 1,2 dan 3.Bengkel ini bertujuan memberi penerangan berkaitan pengurusan dan konvigurasi rangkaian.Taklimat telah diberikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Hulu Langat.
 

Adalah dimaklumkan bahawa suami Kak Nab telah kembali ke Rahmatullah pada petang semalam, 21 April 2008. Jenazahnya selamat dikebumikan pada pagi tadi. Semuga Allah tempatkan Allahyarham dalam golongan orang yang soleh. Al-Fatihah untuknya.

 

Pada masa berlangsungnya Sukan Kejohanan Olahraga sekolah kita, tiba-tiba Pengetua kita yang dikasihi, Puan Hajah Hani Hussain telah kehilangan anak perempuannya yang dikasihi. Kami Warga sekolah merasa terharu di atas ujian yang diberi oleh Allah kepada beliau. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Dalam minggu yang sama juga, salah seorang saudara suami beliau telah pulang kerahmatullah juga. Sungguhnya ujian Allah terhadap beliau amat getir. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.

 

Majlis Perpisahan untuk Mantan PK Akademik kita, Puan Siti Zaharah akan diadakan pada hari Khamis, 25 April 2008, bertempat di Dewan Seri Bestari, SMK Abdul Jalil. Semua Guru Sidang Pagi dan Sidang Petang dijemput hadir.

 
Berita Terkini !!
SEMOGA BERJAYA!!
Written by penyelarasICT   
Tuesday, 06 October 2009

KAMI GURU-GURU DAN PENTADBIR SMK ABDUL JALIL,

MENGUCAPKAN

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3...

BUAT BERSUNGGUH-SUNGGUH..DAN SEMOGA BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG MEMBANGGAKAN...

ANDA PASTI BOLEH...JANGAN GETAR..TERUSKAN BERJUANG DEMI MASA DEPAN ANDA.....SEMOGA BERJAYA...



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI UNIT ICT SMK ABDUL JALIL..


PELAJAR DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
 
Percubaan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)
Written by Fathin   
Monday, 03 August 2009
Assalamualaikum.w.b.t.Pada hujung minggu lepas SMK Abdul Jalil telah mengadakan Karnival Futsal bagi peringkat sekolah. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dalam aktiviti sukan Bola Sepak.Ramai kumpulan yang telah menyertai program tersebut. Seterusnya, pelajar tingkatan 3 telah menduduki Percubaan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Tahniah kepada pelajar-pelajar. Semoga anda berjaya mendapat 8A / 9A
Last Updated ( Monday, 03 August 2009 )
 
Pertandingan Mingguan Bahasa
Written by Fathin   
Tuesday, 21 July 2009
Assalamualaikum.wbt.Pada minggu ini sekolah kita telah melakukan beberapa Pertandingan Bahasa yang telah di anjurkan. Para pelajar yang menyertai telah memberikan semangat yang baik bagi melancarkan program ini. Tujuan diadakan adalah bagi mendedahkan para pelajar dengan matapelajaran dan bahasa. Selain itu, hubungan antara kakitangan, pelajar, dan guru juga dapat di eratkan. Penyampaian hadiah akan di adakan pada Rabu ini, iaitu 22 Julai 2009.
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 1 - 4 of 48
Waktu Sekarang
Ruang Sembang

SMKAJ
Login Masuk





Lost Password?
No account yet? Register
Siapa Di Talian
Aplikasi Dalam Talian
Laman KPM
Laman PPDHL
Pertukaran Guru Online
Laman LHDN
Tawaran SMT
Semak Tawaran SBP
Semakan Matrikulasi
Kursus PTK DG44, DG52
Semakan K 1/2007 - 3/2007
Semakan Pinjaman
Link Terpilih
(C)2005 SMK Abdul Jalil - Komuniti Interaktif Hulu Langat . Powered by Mambo. Designed by MamboTheme - Mambo professional templates!